4 Mac 2016

Bukan Lagi Yang Istimewa

Hari demi hari aku dikasari ditengking dihamun. Adakah kerana dia dah tahu siapa diri aku yang sebenar yang membuatkan diri aku dilayan seperti sampah? Atau kerana apa yang aku telah kehilangan sesuatu membuatkan dia tidak layan aku seperti dulu? Cara dan layanan dia membuatkan aku rasa diri aku bukan lagi yang teristimewa untuk dia bahkan yang paling dihina bagi dia. Janji pun bukan lagi diingatinya. Kenangan hanya tinggal kenangan. Mungkin dia tidak sedar kata-katanya telah banyak melukai hati aku. Siapa aku untuk dia? Hanya diri aku merasai apa yang telah aku alami.
Daisypath Friendship tickers